Thursday, 26 January 2017

Kegunaan Luban atau kemenyan arab

Sedikit perkongsian berkenaan LUBAN

Pengunaan Luban telah wujud beratus tahun dahulu malah digunakan dengan pelbagai tujuan mengikut tempat dan kawasan.

Luban yang dikenali dengan nama frankincense di kalangan orang barat, digunakan dalam minyak wangi dan aromaterapi. Ia juga merupakan bahan yang digunakan dalam penjagaan kulit.

Kemenyan arab atau Luban ini  boleh dimakan dan digunakan dalam ubat-ubatan tradisional di Afrika dan Asia untuk penghadaman dan mendapatkan kulit yang sihat. Untuk penggunaan dalaman, disyorkan untuk mengunyah luban yang tidak mengandungi kekotoran hitam atau coklat dengan warna sedikit kehijauan. Ia dikunyah seperti gula-gula.
Dalam perubatan Ayurveda, luban atau kemenyan (Boswellia serrata), biasanya dirujuk di India sebagai "Dhoop," telah digunakan selama berabad-abad untuk merawat arthritis, menyembuhkan luka, menguatkan sistem hormon wanita dan membersihkan udara.

Penggunaan kemenyan dalam Ayurveda dipanggil "dhoopan". Di Somalia, Ethiopia, Arab, dan budaya India, mereka mencadangkan dengan membakar luban setiap hari di dalam rumah boleh memberi kesan yang baik pada kesihatan.
Minyak Luban juga boleh digunakan untuk melegakan dari sengatan seperti sengatan kala jengking.

Malah Ibnu Sina ahli perubatan Islam mengesyorkan LUBAN atau kemenyan arab sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah dan demam.

Banyak lagi manfaat luban yang  digunakan dalam kehidupan seharian.  Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh SMS/WHATSAPP ke nombor berikut :
  • https://www.wasap.my/60129405699 (Adzman Ahmad)
  • https://www.wasap.my/60133768605 (Ummu Nur Khadijah)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes