Monday, 30 January 2017
Pokok Luban Boswellia Sacra
08:03
Ummu Khadijah
No comments
Pohon boswellia di Oman. Menghasilkan tuaian yang bernilai tinggi hingga boleh mencecah ribuan RM mengikut spesies, kualiti dan grednya. Tuaian daripada pohon ini seakan susu kerana itu diberi nama Luban.
Pohon boswellia boleh hidup sekurang-kurangnya seratus tahun;hingga boleh diwarisi beberapa keturunan. Tumbuh secara semulajadi dan tidak ditanam secara manual;tak perlu disiram dan tumbuh subur di kawasan tandus kering kontang. Ajaibnya ciptaan Allah kan?
Green Houjary Luban adalah dari Pohon spesis Boswellia Sacra. Spesis ini adalah dianggap luar biasa kerana keupayaannya untuk tumbuh dan berkembang dalam persekitaran yang sukar seperti di celah-celah batu.
Pokok-pokok ini mula mengeluarkan resin apabila mereka berusia kira-kira lapan hingga 10 tahun. Tapping (tuaian) dilakukan dua hingga tiga kali setahun dengan tapping terakhir menghasilkan resin yang terbaik kerana lebih tinggi kandungan Terpene, Sesquiterpene dan Diterpene. Secara umumnya, resin yang lebih legap dan cerah di anggap kualiti yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment