Sejarah merekodkan, Luban adalah antara wangian yang tertua di dunia.
Luban atau nama lainnya Frankincense adalah herba yang telah di didagangkan ke utara Afrika dan beberapa negara Arab lebih 5000 tahun dahulu.
Kerana penggunaannya yang meluas dan dianggap komoditi yang berharga, nilainya ketika itu melebihi emas.
Penggunaan Luban menyelusuri budaya dan adat di seluruh dunia, iaitu dalam bidang aromaterapi, kosmetik, urutan , ritual keagamaan, malah digunakan juga sebagai rawatan kesihatan.
Luban atau dikenali juga dengan nama kemenyan arab dari spesis Boswelia Sacra (Oman) adalah antara Luban berkualiti tinggi dan juga di anggap sebagai “commercial” incense.
Pembakaran Luban diamalkan sejak ribuan tahun dahulu kerana ianya memberikan kesan yang baik pada fizikal dan rohani kita. Antara manfaat membakar Luban ialah :
1. Membersihkan udara dari bakteria dan fungus seperti kulat dan kulapuk.
2. Membunuh hama.
3. Asap dari pembakaran luban dikatakan mengandungi 'protective properties'. Oleh itu ada yang membakar luban ketika ahli keluarga atau haiwan peliharaan mereka sakit.
4. Sebagai insect repellent. Asap luban mampu menjauhkan serangga seperti nyamuk. Dahulu ianya digunakan untuk membantu mengawal wabak malaria.
5. Mewangikan rumah dengan bahan yang selamat dan semulajadi.Menutup bau yang kurang menyenangkan malah mempunyai aroma yang menyegarkan.
6. Mewangikan pakaian. Orang Timur Tengah mempunyai alat khas untuk mengasapkan pakaian menggunakan asap luban.
7. Berfungsi untuk melegakan sakit kepala atau selsema dengan mencetuskan tindak balas dalam sistem limbik dan membuka saluran pernafasan untuk melegakan kesesakan.
8.Luban mempunyai kesan yang baik pada otak, ia mampu memberi aura ketenangan, mengurangkan tekanan dan dikatakan sebagai antidepressi.
Disebabkan itu, Luban digunakan secara meluas dalam ritual keagamaan dan meditasi.
Penyelidik dari kedua-dua Johns Hopkins University dan Universiti Ibrani di Yerusalem terlibat dalam kajian masing-masing dan mendapati bahawa pembakaran kemenyan mengaktifkan protein TRPV3, menghasilkan tahap kebimbangan yang lebih rendah dan tingkah laku antidepresif.
Protein ini terdapat pada semua otak mamalia, dan sementara protein wujud secara semulajadi di dalam otak, ia tidak mempunyai kesan ketara sehingga sesuatu seperti luban, datang dan mengaktifkannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Nak wangikan rumah sambil hilangkan ion-ion aura negatif dan wujudkan suasana tenang dalam rumah anda? Kami ada set wangian luban untuk anda pilih! Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
https://www.wasap.my/60129405699 (Adzman Ahmad)
📲 https://www.wasap.my/60133768605 (Ummu Khadijah)
0 comments:
Post a Comment