Wednesday 17 January 2018

Pokok Luban




Pernah tengok pokok Luban tak?

Pokok Luban atau Frankincense dikatakan boleh hidup sekurang-kurangnya seratus tahun. Sekurang-kurangnya ye, ada juga saya baca pokok luban boleh menjangkau ribuan tahun. Di oman, mereka yang ada pokok Luban di anggap bertuah.
Pokok Luban bukan sahaja mengeluarkan getah atau damar melalui rekahan pokok yang ditoreh, malah pokok luban juga jenis pokok yang mengeluarkan bunga.
Bunganya popular dan mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada lebah untuk menghasilkan madu.

Tempoh berbunga pokok Luban dikatakan panjang bermula dari bulan oktober hingga februari setiap tahun dan ianya sangat membantu proses pengumpulan madu lebah yang lebih baik.
Hebatnya pokok Luban bukan sahaja mengeluarkan getah untuk makanan kesihatan minda dan saraf manusia, malah mengeluarkan bunga yang memberi manfaat kepada lebah utk menghasilkan madu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes