Monday, 12 March 2018

LUBAN ATAU FRANKINCENSE DARI OMAN





Tahukah anda bahawa sepohon pokok Luban (Frankincense tree) dari spesies Boswellia Sacra di Oman boleh menghasilkan 4 gred resin luban yang berbeza? Dan di antaranya adalah resin Green Houjary dan An-Najdi (Yellow Sacra).

Jom baca kisah ringkas terhasilnya resin-resin ini.

Untuk mendapatkan resin-resin yang terbaik serta mendapat permintaan tinggi ini, persediaan rapi perlu dirancang terlebih dahulu sebelum proses torehan dimulakan.

Proses torehan bermula dengan cara yang agak unik. Secara tradisi turun temurun, pohon-pohon Luban ini 'dikejutkan' oleh pemiliknya dengan cara menyiat kulit pohon tersebut dan tanda torehan dibentuk pada pohon-pohon yang telah dipilih. Untuk pohon Luban yang besar, sejumlah bilangan (9, 13 atau 15 lubang) akan ditanda; manakala pohon-pohon kecil pula di dalam bilangan 3, 5 atau 7 lubang. Selepas proses ini, pohon luban tersebut ditinggalkan selama 3 hingga 4 hari. Ketika ini, pohon tersebut mengeluarkan getah atau resin yang berbau wangi dan jernih warnanya saat ianya mengering. Maka bermulalah proses torehan pertama dan torehan seterusnya (berjumlah 4 torehan kesemuanya) untuk mendapatkan hasil resin yang terbaik.

Empat tahap torehan pada sebatang pokok luban boleh menghasilkan 4 gred luban yang berbeza kualitinya. Luban dikelaskan mengikut warna,aroma,saiz, dan dilakukan secara manual (hand sorted).

Torehan pertama menghasilkan resin yang berwarna kehijauan dengan pelbagai variasi warna yang terdiri daripada hijau pekat, hijau cair, kuning pucat, kuning pucat bercampur hijau atau biru kehijauan apabila ianya mengering. Hasil torehan yang pertama ini dikenali dengan nama Houjary. Houjary mempunyai aroma terbaik dan khasiat perubatan yang tinggi.

Torehan kedua dikenali dengan nama An-Najdi; dengan variasi warnanya yang kebanyakan berwarna kuning atau putih sedikit atau kuning pekat. Dikenali dengan nama Yellow Sacra atau Yellow Houjary.Resin jenis ini adalah gred yang paling mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia.

Torehan ketiga adalah torehan yang lebih dalam lagi untuk menghasilkan gred yang dikenali sebagai As-Shazri, resin di mana pokok sudah aktif mengeluarkan getah berwarna coklat cair atau coklat pekat. As-Shazri bagus untuk pembakaran, dan pembakaran luban jenis ini lebih tahan lama. Ia selalu digunakan untuk upacara tertentu. Aromanya lebih wangi, berbau manis dan lebih kuat bau citrus berbanding gred Houjary dan An-Najdi.

Peringkat terakhir atau torehan keempat pula menghasilkan gred AS-Sha'bi. Resin dari gred Asha'bi lebih pekat warnanya dan saiznya lebih kecil daripada As-Shazri. Selepas terhasilnya As-Sha'bi, akan ada lebihan resin yang masih keluar dan gred ini dipanggil sebagai Rotab yang berwarna hitam (resinnya lebih melekit).

Kami di Permata Muhibbin telah lama membekalkan Luban Green Houjary Oman untuk pelanggan-pelanggan kami di seluruh Malaysia termasuk Indonesia dan Singapura. Kini di rak jualan kami, kami bawakan kepada anda Produk terbaru kami iaitu Luban Boswellia Sacra Oman dari gred An-Najdi (Yellow Sacra Luban).

Nak dapatkan Green Hojari atau Yellow Sacra Luban, boleh whatsapp kami di link berikut :
📲 https://www.wasap.my/60129405699 (Adzman Ahmad)
📲 https://www.wasap.my/60133768605 (Ummu Khadijah)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes