Monday, 30 January 2017

Pokok Luban Boswellia Sacra

Pohon boswellia di Oman. Menghasilkan tuaian yang bernilai tinggi hingga boleh mencecah ribuan RM mengikut spesies, kualiti dan grednya. Tuaian daripada pohon ini seakan susu kerana itu diberi nama Luban. Pohon boswellia boleh hidup sekurang-kurangnya seratus tahun;hingga boleh diwarisi beberapa keturunan. Tumbuh secara semulajadi dan tidak ditanam secara manual;tak perlu disiram dan tumbuh subur di kawasan tandus kering kontang. Ajaibnya ciptaan Allah kan? Green Houjary Luban adalah dari Pohon spesis Boswellia Sacra. Spesis ini adalah dianggap luar biasa kerana keupayaannya untuk tumbuh dan berkembang dalam persekitaran yang sukar seperti di celah-celah batu. Pokok-pokok ini mula mengeluarkan resin apabila mereka berusia kira-kira...

Video bagaimana Luban atau Kemenyan Arab dituai di Oman

Jom tengok video kembara Chef Sabri ke Wadi Dawkah (Oman) dan menunjukkan macam mana kemenyan arab ini dituai. Kawasan tanaman utama kemenyan ini berukuran 5km persegi dengan anggaran 1500 pokok yang tumbuh secara liar, tak boleh kita nak tanam secara manual tau. Sejak dulu lagi pokok ini diwarisi oleh 2 kabilah Badawi dan hak menoreh diberi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Video ini menunjukkan penghasilan Luban di Oman , antara pengeluar Luban terbaik di dunia.Kemenyan/Luban dari Oman telah digredkan kepada empat jenis mengikut kepada tahap kualitinya. Kualiti terbaik dan paling tinggi ialah ElHojari, dari pokok-pokok yang tumbuh di bahagian Timur Dhofar. Gred yang kedua dikenali sebagai ElNajdi, yang tumbuh di kawasan Najd, utara gunung Dhofar. Kelas ketiga dipanggil Elshazri,...

Khasiat Luban

KHASIAT LUBAN/FRANKINCENSE/KEMENYAN ARAB/LIBANAH Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Berikut adalah khasiat Luban yang terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurah atau dipanggil kitab tua. Kebaikan & khasiat Luban 1. Cerdaskan minda 2. Kuatkan ingatan (sesuai utk pelajar tahfiz) 3. Hilangkan stress dan tekanan perasaan. 4. Tumpuan sempurna ketika belajar 5. Makanan untuk saraf dan minda. 6. Amalan baik untuk ibu hamil. 7. Telo atau pelat (pertuturan kurang jelas) 8. Pra Nyanyuk 9. Slow learner (kanak-kanak sekolah) 10. Asma, atau masalah pernafasan. 11. Migrain/sakit kepala. 12. Keletihan. 13. Masalah anak degil. 14. Tingkat keyakinan diri. 15....

Thursday, 26 January 2017

Kegunaan Luban atau kemenyan arab

Sedikit perkongsian berkenaan LUBAN Pengunaan Luban telah wujud beratus tahun dahulu malah digunakan dengan pelbagai tujuan mengikut tempat dan kawasan. Luban yang dikenali dengan nama frankincense di kalangan orang barat, digunakan dalam minyak wangi dan aromaterapi. Ia juga merupakan bahan yang digunakan dalam penjagaan kulit. Kemenyan arab atau Luban ini  boleh dimakan dan digunakan dalam ubat-ubatan tradisional di Afrika dan Asia untuk penghadaman dan mendapatkan kulit yang sihat. Untuk penggunaan dalaman, disyorkan untuk mengunyah luban yang tidak mengandungi kekotoran hitam atau coklat dengan warna sedikit kehijauan. Ia dikunyah seperti gula-gula. Dalam perubatan Ayurveda, luban atau kemenyan (Boswellia serrata), biasanya dirujuk...

Luban atau Libanah atau Kemenyan arab

LUBAN/LIBANAH/KEMENYAN ARAB/FRANKINCENSE Pokok Luban Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.Luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis. Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di  kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes