Saturday 11 November 2017

4 TIPS MENGAKTIFKAN OTAK



4 TIPS MENGAKTIFKAN OTAK
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan otak samada pemilihan makanan berkhasiat untuk perkembangan otak dan juga amalan kerohanian yang menjadi amalan para ulama antaranya:
1- Membaca Al-Quran dan Amalan Zikir dan Solawat.
Al-Quran adalah Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang besar dan sebagai penawar yang mujarrob untuk manusia.
Membaca Al Quran bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada tubuh badan manusia termasuk juga boleh mengaktifkan sel2 otak berfungsi dengan baik.
Begitu juga berzikir dan solawat merupakan terapi minda dan jiwa manusia yang sangat baik.
2- Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga.
Oleh sebab itu, pastikan pengambilan sarapan setiap pagi untuk membantu membekalkan nutrisi yang cukup kepada otak.
Kesan tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi dalam otak.
3-Tidur Berkualiti.
Tidur berkualiti terutama pada masa yang berkualiti antara pukul 10 malam sehingga jam 3 pagi boleh memberikan tenaga yang optimum kepada otak.
Sebaliknya tidur berlebihan boleh menyebabkan otak kurang aktif dan juga boleh melemahkan fungsi otak untuk berfikir.
4- Jangan Makan Berlebihan.
Makan perlu dijaga supaya tidak terlalu kenyang, kerana perut yang sentiasa kenyang boleh memberi kesan kepada fungsi otak.
Sebenarnya makan yang berlebihan boleh menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus.
Situasi ini boleh menyebabkan kekurangan darah sampai ke otak dan kesan langsung boleh mengakibatkan seseorang itu rasa malas,mengantuk dan hilang daya fokus.
Satu lagi tips tambahan amalkan kunyahan #Luban atau #P’tar Luban sebagai makanan diet harian, insya Allah boleh membantu membekalkan tenaga, meningkatkan kecergasan badan dan mencerdaskan MINDA anak2 serta meningkatkan daya FOKUS yang tinggi.
SEMOGA BERMANFAAT.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes